APA ITU PARVO VIRUS?!
Parvo atau nama penuhnya Feline Parvovirus (FPV) atau juga dikenali sebagai FIE- Feline Infectious Enteritis (radang usus menular) dan Feline Panleukopenia.
#1 Sejenis virus yang sangat degil/ketegaq dan boleh hidup dalam persekitaran dalam jangka masa yang panjang.
#2 Virus yang sangat mudah menyerang anak kucing berumur 4 minggu hingga 12 minggu dan juga kucing yang belum divaksin terutamanya. *haa masih berdegil takmau vaksin keww , cari masa lapang hantar anak-anak bulus dekat rumah tu pergi vaksin yea.
#3 Mudah berjangkit dengan kucing yang lain dengan cepat dan mengakibatkan kematian mengejut. *boleh kematian tau, kita pun tak perasan tetiba kena parvo so mami dedi kenalah amik benda ni serius okay.
SIMPTOM-SIMPTOM PARVO VIRUS:
– MUNTAH KUNING BERBUIH
– KUCING LEMAH & DEHYRATED KERANA KURANG AIR
– BAU MULUT YANG SANGAT BUSUK
– HILANG SELERA MAKAN & MINUM
– CIRIT BIRIT BERBUIH & SANGAT BUSUK DARI BIASA
– NAJIS BERDARAH
CARA MERAWAT PARVO VIRUS:
-VAKSIN.
If korg dah nampak simptom parvo pada kucing janganlah buat lengah, bawalah ke vet secepat yang mungkin. Kita kena tau yang parvo tiada UBAT untuk hilangkan penyakit ni. Jadi vaksin adalah langkah terbaik untuk mengelak dari terkena penyakit.
– WET FOOD
Ha ni lebih kepada rawatan dirumahlah yea. Makanan wetfood halus diberikan pada kucing yang terkena parvo & wetfood yang dicadangkan Hills A/D & RC recovery diet.
– AIR GLUKOSA
Kucing sebaiknya diberi air glukosa 2-3 jam sekali dengan sukatan 3-4 picagari air glukosa untuk beri kucing tu bertenaga. Jika kucing mengelak, ianya perlu force feed bagi elak kekeringan dalam badan.
– VITAMIN/ SUPPLEMENT Digalakkan untuk diberikan vitamin & supplement ketika sakit. Di iVET juga menyediakan supplement iVETSSENTIALS Immuno boost & Prodigest untuk kesihatan kucing.
– PENGASINGAN Asingkan kucing yang sedang sakit atau kuarantinkan kucing sakit dibilik berasingan. Pastikan kucing yang sihat tidak bermain bersama kucing yang sakit.
– SANITASI Virus parvo boleh mati dengan campuran air+clorox bernisbah 1:22. Mop lantai seluruh rumah & tempat2 kucing bermain dengan campuran tersebut.