Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Search
Close this search box.

Kejadian digigit kucing adalah satu perkara yang seringkali terjadi kepada pencita kucing yang gemar bermain dengan si bulus, mahupun pemilik kucing yang memelihara haiwan comel ini di rumah. Disebabkan itu, ramai tanggapan jika digigit atau di cakar kucing, cukup sekadar basuh tempat cakaran atau gigitan tersebut dan jika perlu hanya disapukan minyak gamat sahaja. Memang benar, kebanyakan penyakit yang biasanya dihidapi kucing tidak boleh berjangkit kepada manusia, namun ada bakteria, kulat, virus atau penyakit – penyakit lain yang boleh menjangkiti kucing lalu mendatangkan bahaya kepada pemiliknya.

 

S1 – APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN CAT SCRATCH DISEASE? BOLEH DOKTOR TERANGKAN SERBA SEDIKIT TENTANG PENYAKIT INI?

 

Cat Scratch Disease ( CSD ) adalah sejenis jangkitan bakteria yang boleh didapati melalui gigitan atau cakar kucing yang telah dijangkiti oleh organisma Bartonelia henselea. Kebanyakkan yang berisiko dijangkiti adalah pemilik – pemilik kucing dan petugas Veterinar.

 

 

S2 – APAKAH TANDA – TANDA AWAL YANG BOLEH DILIHAT SEKIRANYA SEEKOR KUCING ITU MENGHADAPI CAT SCRATCH DISEASE INI?

 

Kebanyakkan kucing yang dijangkiti oleh B. henselae sangat jarang atau TIDAK menunjukkan tanda –tanda klinikal. Oleh itu agak sukar bagi pemilik atau doktor veterinar untuk mengesannya secara luaran, melainkan melalui ujian darah di makmal.

 

S3 – ADAKAH PENYAKIT CAKARAN KUCING INI BOLEH TERJADI PADA SEMUA PERINGKAT UMUR KUCING?

 

Penyakit Cakaran Kucing atau CSD ini hanyalah terminology jangkitan untuk manusia, tapi tidak digunakan pada kucing. Betul, jangkitan B. hanselae boleh didapati pada semua peringkat umur kucing, tetapi lazim berlaku pada peringkat awal usia ( kitten ), dan 40% kucing mengalaminya dalam satu tempoh singkat hayatnya ( CDC, 2008 ).

 

S4 – BAGAIMANA KUCING ITU BOLEH DIJANGKITI DENGAN MASALAH SEBEGINI?

 

Kutu merupakan faktor utama jangkitan B. henselea pada kucing. Oleh itu, kita perlu pastikan kucing – kucing peliharaan bebas kutu untuk mengurangkan risiko jangkitan ini pada haiwan dan orang kesayangan kita.

 

 

 

S5 – BAGAIMANA PULA PERPINDAHAN PENYAKIT CAKARAN KUCING INI BOLEH BERLAKU KEPADA MANUSIA?

 

Jangkitan CSD pada manusia barlaku apabila terdapat cakaran, gigitan atau sentuhan air liur pada luka, yang berfungsi sebagai pintu masuk ke sistem badan kita. Tanda – tanda klinikal lebih significant dilihat pada orang yang dijangkiti berbanding kucing. Oleh itu, cuba elakkan bergurau kasar dengan kucing andan, dan ambil beberapa langkah pencegahan. Pastikan sebarang gigitan, cakaran atau jilatan kucing tersebut di bersihkan dengan air dan sabun.

 

S6 – ANTARA RISIKO JANGKITAN CAT DISEASE INI KEPADA MANUSIA? ADAKAH IA MAMPU MENGUNDANGKAN MAUT ATAU BAGAIMANA?

 

Jangkitan CSD ini ada yang hanya mild, bengkak dan boleh surut beberapa hari tanpa ubat atau antibiotik. Ada juga yang agak serius dengan tanda – tanda klinikal yang jelas seperti lesion pada nodus limfra berdekatan tempat gigitan dan memerlukan rawatan perubatan segera. Pada say, adalah lebih baik jika jangkitan pada manusia ini diulas lanjut oleh doktor perubatan. Apa – apa pun, jangan ambil mudah dengan perkara ini. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

 

Ada juga pemilik – pemilik kucing yang keliru antara jangkitan CSD dan Sporothricosis, iaitu jangkitan fungal yang boleh didapati melalui cakaran atau gigitan kucing terjangkit juga. Oleh itu, pemilik perlu memberikan informasi yang jelas kepada doktor atau petugas perubatan untuk memudahkan mereka membuat diagnosis awal.

 

 

S7 – APAKAH LANGKAH DAN PERSEDIAAN AWAL BAGI PEMILIK DAN KUCING MEREKA UNTUK MENCEGAH MASALAH CAT SCRATCH DISEASE INI?

 

  1. Pastikan kucing – kucing anda mendapat rawatan pencegahan kutu dan parasite.
  2. Kucing ‘ indoor ‘ kurang risiko untuk dijangkiti
  3. Elakkan bergurau kasar dengan kucing, bagi mengelakkan cakaran dan gigitan. Ini kerana kita tidak tahu kucing kita itu sedang dijangkiti atau tidak oleh bakteria tersebut.
  4. Pastikan luka cakaran atau gigitan dibasuh bersih dengan air dan sabun.

 

S8 – MUNGKIN DOKTOR ADA NASIHAT YANG INGIN DIKONGSIKAN TERUTAMA KEPADA PEMILIK KUCING YANG TIDAK MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN KUCING PELIHARAAN MEREKA?

 

Kebersihan dan kesihatan kucing dan pemilik adalah nombor 1! Kucing yang bersih dan sihat boleh mengurangkan risiko jangkitan zoonotic pada manusia. Pemilik yang bersih dan sihat akan memastikan kucing – kucing mereka juga bersih dan sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *