Seringkali kami menerima pertanyaan daripada pelanggan mahupun netizen di laman sosial berkenaan isu ibu si bulus yang mengandung, risiko-risiko kehamilan serta tindakan yang perlu diambil jika sesuatu luar jangka berlaku. Banyak keadaan di mana ibu kucing yang dibawa ke klinik dalam keadaan nyawa-nyawa ikan kerana pemilik lewat bertindak dan yang paling menyedihkan, tak pernah ambil tahu mengenai perkembangan kehamilan! Jom ikuti persoalan-persoalan mengenai keguguran pada ibu kucing di bawah untuk fahaman mami dedi semua ya.
1- Di awal kandungan kucing induk, bagaimana cara untuk mengenalpasti mereka dalam keadaan bunting, atau ada cara-cara yang boleh dilihat oleh pemilik? Boleh doktor jelaskan cara-cara untuk melihatnya?
Selalunya ada beberapa tanda fizikal lazim kucing mengandung yang boleh pet-owner kenal pasti seperti puting susu membengkak dan menjadi lebih gelap warnanya, abdomen mengeras, lebih suka mencari tempat bersembunyi/nesting, positif fetus pada ultrasound, dan juga palpation oleh doktor veterinar yang arif. Namun, kita tidak menggalakkan pet-owner untuk melakukan palpation sendiri pada kucing anda, dikhuatiri tekanan yang kuat boleh menyebakan keguguran.
2- Keguguran, bagaimana masalah keguguran ini boleh berlaku ke atas induk dan apa punca yang menyebabkan berlakunya keguguran?
Keguguran pada kucing boleh berlaku hanya pada kucing betina yang mengandung sahaja. Namun, pet-owner sering juga keliru antara keguguran dan juga kes Pyometra (rahim bernanah) pada kucing mereka. Ini kerana tanda fizikal pyometra dan kucing mengandung hampir sama secara luarannya.
Kandungan boleh gugur disebabkan oleh ubatan yang kuat dan tidak sesuai untuk kehamilan, stress yang melampau, jangkitan kuman/virus semasa kandungan, trauma, paras hormon yang tidak seimbang dan ketidaknormalan kedudukan (congenital abnormalities) pada fetus.
3- Cara untuk melihat masalah keguguran dan apa yang perlu dilakukan oleh pemilik ketika berhadapan dengan induk yang keguguran?
Pemilik perlu alert dengan tempoh kandungan dan bila kucing itu dikenal pasti mating, dari situ anggaran kelahiran boleh dijangka. Tempoh kandungan kucing lazimnya 65hari. Tanda keguguran boleh dilihat jika kucing sering menjilat-jilat kemaluan mereka, dan tanda darah di kawasan tersebut. Adakalanya anda boleh nampak janin yang keluar, terbiar di kawasan nesting mereka. Lazimnya, kucing akan makan janin gugur tersebut untuk sumber tenaga. Pemilik jadi keliru apabila ketahui kucingnya yang pregnant tiba-tiba tiada fetus di dalamnya. Ini kerana kucing pandai menghilangkan kesan jika tidak terlalu besar.
Jika anda lihat situasi begini, jangan tunggu lama. Terus bawa ke klinik haiwan terdekat untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera. Dikhuatiri jika masih ada lagi janin yang mati tertinggal di dalam rahim.
4- Boleh doktor jelaskan kenapa induk yang keguguran memakan semula janin yang dikeluarkan dan ada apa-apa risiko ke kalau induk memakan semula janin yang dikeluarkan itu?
Seperti dinyatakan di atas, kucing adalah haiwan yang bersih dan cermat dalam pengurusan diri mereka. Sekiranya pendarahan tidak keterlaluan, anda mungkin tidak lihat sebarang tanda keguguran yang berlaku kerana mereka telah bersihkan diri dan persekitarannya. Mereka juga akan makan janin yang telah mati atau fetus hidup yang dirasakan lemah dan sakit. Secara natural kucing adalah haiwan karnivor, mereka akan makan janin dan uri untuk mendapatkan sumber tenaga cepat dan pemulihan sistem badan. Risiko jangkitan adalah rendah kerana fetus yang baru dilahirkan masih dianggap bersih. Firasat ibu kucing lebih kuat mengetahui jika anak tersebut lemah dan sakit, tidak boleh survive.
5- Boleh doktor beri pesanan atau nasihat kepada pemilik yang berhadapan dengan situasi ini?
Keguguran bukanlah satu perkara yang lazim berlaku pada kucing, kerana kucing ini sifatnya kuat dan resilient. Secara fitrah, mereka lebih mudah mengandung dan beranak sejak awal kejadiannya. Namun, terdapat beberapa faktor risiko yang boleh berlaku seperti dinyatakan di atas.
Bagi yang ingin membiakkan kucing mereka;
- Pastikan vaksin kucing anda up-dated;
- Kenal pasti pasangan kucing jantan untuk dikahwinkan. Sebaiknya carilah pasangan yang sihat, bersih dan diketahui sejarah kesihatannya;
- Kucing betina dibenarkan untuk mating berumur 1 tahun ke atas kerana laluan pelvic mereka lebih besar dan lengkap terbentuk;
- Jangan beri ubat sebarangan kepada kucing mengandung tanpa arahan doktor; dan
- Akhir sekali, berikan tempoh berehat kepada kucing anda yang keguguran itu, selama 6 bulan sebelum mulakan pembiakan.
Dapatkan konsultasi 2nd opinion bagi kes kucing yang tidak kritikal melalui iVETZoom melalui aplikasi iVET PETCARE. Muat naik aplikasi iVET PETCARE di Google Playstore atau Apple Store sekarang!
1- iVET PETCARE Seksyen 23, Shah Alam (03-55453560)
2- iVET PETCARE Alam Avenue 2, Shah Alam (03-55243560)
3- iVET PETCARE Bandar Kinrara 5, Puchong (03-80822076)
4- iVET PETCARE Keramat, Kuala Lumpur (03-42654115)
5- iVET PETCARE Petaling Jaya (03-79323528)
Sertai sekarang channel Rakan iVET di Telegram [https://bit.ly/2K2uXRw] untuk dapatkan banyak info, tips, berita terkini dan pelbagai tawaran menarik khas buat pencinta haiwan! =)