Search
Close this search box.

KUCING LIONCUT: Perlu atau Tidak?

Korang pernah ke tengok rupa kucing lioncut? Apa lagi, g tengok citer Citer Lion King macam muka SImba tu la.. Muka berbulu, badan togel.. sebenarnya bukanlah xde bulu langsung. Cuma pendek bulunya macam karpet la..

Persoalan dikeluarkan, sejauh mana perlunya lioncut dibuat untuk kucing? Meh kita jawab;

PERLU jika; ✔ Berbulu Super panjang lebat dan berguguran  ✔Masalah kutu dan telur kutu yang terlalu banyak ✔Masalah fungus  ✔Hairball yang kronik

Kucing yang bulu lebat ni, mmg keraplah jugak dilihat bulunya selalu gugur, kulit naik fungus dan pastinya kutu pun suka la kenduri kt badannya, kalau takda ubat kutu. Sebab tu antara rawatan terbaik kita buat lioncut, pendekkan bulu dia. Dia lebih selesa, senang nk dimandikan dan rawatan fungus, tak panas (macam pakai wintercoat kt malaysia..), dan elakkan masalah hairball.

Diorang ni suka menjilat self grooming, bila EXCESSIVE SELF-GROOMING, jadi bulu yg panjang tebal2 tu memang ditelan la, berkumpul dalam perut jadi macam bebola daging tu.. Keadaan boleh jadi lebih teruk, kalau bebola ‘bezoar’ tu menjadi besar dan lebih besar sampaikan xboleh nak dimuntahkan.. jadinya perut depa pun mengeras, penuh dan jadi kurang selera makan. [Simptom hairball ni; sembelit, najis keras ketul2 kecik, kucing taknak makan, perut sakit mengeras/ sakit bila disentuh.]

Kebaikan Lioncut

  1. Kurangkan panas, heat stroke dan panting (nafas tercungap2 dan lidah terjelir. Pernah tengokkan?)
  2. Mudah untuk mandikan dengan shampoo fungal, sapu cream, dan pengudaraan baik untuk kulit
  3. Bulu baru tumbuh lebih sihat dan kuat. Kurangkan masalah bulu gugur
  4. Kurangkan risiko ‘Impacted hairball’
  5. Badan lebih selesa dan ringan, flaunting their sexy body.. gitew..

 

TIDAK PERLU;  ✔Bulu Pendek (apakesss?..)  ✔Ada masalah kesihatan yang kritikal  ✔Terlalu garang dengan org luar

Bagi kucing bulu pendek memang tak perlu pun nk shave lioncut.. yang korg sebuk gak nak menogelkan diorg dah kenapa?.. hehehe.. Lioncut ni lebih kita advice untuk rawatan masalah kulit, atau memang keperluan bagi kesihatan. Bila buat lioncut, kita perlu tau mereka ni akan diberikan ubat pelali- mild sedation. Kalau tak memang melompat hingga ke ceiling la, tapi kami pernah dapat kucing yang baik je, duduk diam sambil kami shave, itulah 1 dalam 1000.. kita nak elakkan luka semasa shaving. Tapi jika kucing anda sejenis yang takut sgt dengan org, boleh melompat2 hingga mencederakan diri, lebih baik jangan buat jika betul2 bukan sebab terpaksa. Kesian, sebab ada kucing yang perasaan takut dia luarbiasa, takut boleh mencederakan diri mereka sendiri dan groomer.

Risiko Lioncut

  1. Perlukan mild sedation, sekiranya tiada keperluan, tak perlulah nk lioncut pun
  2. Sedation untuk bagi kucing tenanng dan duk diam, kalau dia x diam boleh menyebabkan luka dan bahaya
  3. Risiko luka pada kulit, terutamanya untuk kes matted hair yang tebal melekat di kulit. owner perlu aware possibility untuk luka kecil2 tu ada, tapi all safety measure will be taken untuk shave betul2 di tempat matted tebal tu.
  4. Kucing garang mmg perlukan sedation, bagi keselamatan kedua2 pihak; kucing dan groomer

Kalau kucing anda ada masalah kulit, jangan tunggu lama. Dapatkan rawatan doktor Vet segera dan pastikan anda update ubat kutu setiap bulan, hair brush bulu kucing anda setiap hari, dan mandikan dengan shampoo iVET Silky Smooth setiap 2 minggu..

Kebaikkan Silky Smooth Shampoo; Virgin Coconut Oil formulation, gentle for skin. Bau wangi tahan lama dan bulu lebih berkilat. Beri kelembapan pada kulit, untuk healthy skin and healthy hair. Kurangkan allergy dan gatal. Selamat digunakan untuk kitten berumur 1 bulan ke atas. RM 38/botol

Terdapat di semua KLINIK HAIWAN iVET PETCARE dan Belian Online (klik sini) di website kami.

  1. iVET 3 two Square, Petaling Jaya 03-79323528
  2. iVET Kinrara 5 03-80822076
  3. iVET Keramat,KL 03-42654115
  4. iVET Seksyen 23, Shah Alam 03-55453560
  5. iVET Alam Avenue 2, Shah Alam 03-55243560

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *